Selasa, 12 Mei 2015

Sesi Suai Kenal Bersama Penduduk Kampung Seri Cheeding di Pasar Minggu

TARIKH: 13 APRIL 2015, ISNIN
MASA: 5.00p.m. - 7.00p.m.


Pada jam 5.30 petang, Kami pelajar Sains dan Pengurusan Alam Sekitar telah berkunjung ke Pasar Minggu di Kampung Seri Cheeding. Pasar Minggu itu terletak di hadapan balai raya JKK Kampung Seri Cheeding. Antara barang yang dijual di pasar minggu itu, makanan, pakaian, barang dapur seperti sayur-sayuran, buah-buahan.
Pasar minggu tersebut dijalankan seminggu sekali pada hari isnin. Di samping itu, pasar minggu itu hanya beroperasi pada sebelah petang bermula dari jam 5.00 petang hingga 7.00 petang.
Suasana pasar minggu meriah dengan kunjungan orang kampung.
Tujuan kami berkunjung ke Pasar Minggu adalah untuk mengedarkan flyers program jalinan masyarakat. Flyers diedarkan bagi memudahkan orang kampung mengetahui aktiviti-aktviti yang akan dijalankan sepanjang program Jalinan Masyarakat.

Annabel gigih menyedarkan flyers sambil menerangkan tentatif program kami.. ^_^
Kami menerima sambutan yang sangat baik daripada penduduk kampung . Pengunjung yang mengunjungi pasar minggu itu bukan hanya dari penduduk Kg. Seri Cheeding, malahan terdapat juga penduduk kampung dari kampung-kampung yang lain, seperti Kampung Jenjarom dan sebagainya.

Sabrina dan Zahirah sedang menerangkan tentatif program kami.
Selain itu, flyers program turut diedarkan kepada para peniaga. Peniaga-peniaga di pasar minggu tersebut terdiri daripada beberapa lapisan masyarakat seperti melayu, cina, india dan orang asli. Dengan itu, kami dapat menjalinkan hubungan masyarakat antara satu sama lain yang berlainan bangsa.

Adilah dan Sabrina berusaha menerangkan tentatif program kami.
Sepanjang aktiviti itu, pengunjung pasar minggu telah memberi kerjasama yang mengalakkan bagi menjayakan aktiviti kami. Selepas aktiviti selesai pada jam 6.30 petang, kami telah  membeli juadah-juadah yang dijual di pasar minggu sambil beramah mesra bersama para peniaga.

REFLEKSI
Fatihah
Sebarkan flyers di pasar malam memang tak pernah saya bayangkan.Macam nak jual barang pun ada. Hairan juga sebab pasar malam di sini, sebelum maghrib dah tutup kedai.

Sylvester
Banyak jenis makanan yang terdapat di pasar minggu ini. Tiba-tiba kawasan di depan balai raya ini amat meriah suasananya.

Emy
Kami mengedarkan flyers kepada pengunjung dan penjaja di pasar minggu tersebut. Mereka sangat teruja apabila kami mneceritakan tentative yang akan berlangsung selama kami berada di sana. Saya juga sempat membeli Yong Taufu dan ayam goreng yang enak di sana. 

Shazelin
Saya merasakan sangat teruja dan gembira kerana dapat bersuai kenal dengan penduduk kampung dengan lebih dekat. Sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung-pengunjung dan peniaga pasar minggu.

Desmond
Saya berasa risau sekali kerana berada di tempat yang asing serta baru sampai beberapa jam sahaja kami diminta menyebarkan flyers kami. Walaupun begitu, kami berjaya mengedarkan semua flyers.

Yong Xin
Di pasar minggu, kami bertebal muka untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti merupakan pengalaman yang susah dilupakan.

Annabel
Saya rasa teruja kerana orang kampung mesra dan baik hati. 

Vino
Dapat berkenalan dengan penduduk kampung. Penduduk di sana sungguh mesra.

Sabrina
Saya dan rakan-rakan mengedarkan risalah tentatif program kami sepanjang berada di kampung ini kepada peniaga dan pengunjung pasar. Ada diantara pak cik-pak cik yang kami jumpa bergurau senda bersama kami.

Ada
Perasaan takut dan kekok saya rasakan ketika kami mengedarkan ‘flyers’ kepada pengunjung pasar minggu. Hal ini kerana ada segelintir daripada mereka yang menganggap kami sebagai orang yang ingin mengutip derma. Saya terpaksa menerangkan tujuan kami dengan sangat pantas agar mereka tidak salah paham.

Zahirah
Saya dapat mengetahui cara yang sesuai untuk menegur dan berbual dengan orang yang lebih tua dan semua lapisan masyarakat.

Adilah
Saya berasa sedikit gementar untuk berkomunikasi dengan orang ramai. Kesuluruhannya, amat baik kerana dapat memupuk keyakinan malah mendapat respon yang baik dari penduduk tempatan.

Syafina
Kami dapat menjalin hubungan dengan masyarakat di Kg. Seri Cheeding disamping mengenali tentang kampung ini dengan lebih mendalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan