Selasa, 12 Mei 2015

Aktiviti di Bengkel Biskut Haziha CT Cookies Sdn. Bhd. Kampung Seri Cheeding

TARIKH: 14 APRIL 2015, SELASA
MASA: 2.00p.m. - 6.00p.m.


Pada tarikh 14 April 2015 iaitu pada hari Selasa pukul 2 petang, kami mengunjungi Haziha CT Cookies Sdn. Bhd. yang terletak di Kampung Seri Cheeding Banting. Kami sempat menemuramah pemilik Haziha CT Cookies iaitu Puan Siti Hawa Binti Jaffar tentang sejarah bengkel biskut ini.
Puan Siti Hawa Binti Jaffar sedang memberi penerangan tentang bengkel.
Bengkel Biskut Haziha CT Cookies ini sudah mula beroperasi sejak dua tahun lalu iaitu pada tahun 2013. Pada awalnya, Hawa hanya memulakan perniagaan menjual biskut secara kecil-kecilan bermula di rumah pada tahun 2003. Beliau memulakan perniagaan ini berdasarkan kepada minatnya yang mendalam terhadap membuat biskut dan beliau tidak menghadiri sebarang kelas masakan. Beliau mendapat inspirasi untuk membahagiakan orang tersayang dengan membuat pelbagai jenis biskut.

Kini, Haziha CT Cookies sudah mula berkembang dan mempunyai banyak tempahan biskut. Bengkel biskut ini mempunyai 4 orang pekerja. Haziha CT Cookies menjual 30 jenis biskut dan yang paling popular adalah kuih kapit berperisa pinang, pandan, coklat dan strawberi. Haziha CT Cookies menerima banyak tempahan kuih kapi dimana ia dapat dihasilkan lebih kurang 160 botol kuih kapit sehari yang menggunakan 30kg tepung manakala kuih semperit dapat dihasilkan lebih kurang 1000 botol sehari. Dari segi penghantaran, Haziha CT Cookies mempunyai pengangkutan sendiri untuk menghantar tempahan biskut atau pelanggan boleh terus mengambil tempahan di bengkel biskut ini.
Selain itu, kami berpeluang mempelajari proses membuat kuih kapit dan roti bun serta pembungkusan makanan dengan bantuan tunjuk ajar daripadi para pekerja di bengkel itu. Walaupun kedua-dua makanan ini dilihat seperti sangat mudah untuk dibuat, namun teknik yang betul diperlukan bagi memastikan rupa bentuk kuih kapit dan roti bun nampak menarik serta rangup dan gebu.

Kami juga dapat mempelajari cara pembungkusan kuih kapit di dalam botol berserta pembungksan roti bun. Pada mulanya pekerja bengkel akanmengajar cara menggunakan peralatan yang disediakan. Selepas itu, kami bermulalah pengalaman baharu ini dalam pembuatan biskut dan roti bun.
Pekerja bengkel sedang mengajar kami cara membuat kuih kapit.

Adilah dan Annabel sedang membuat kuih kapit. 

Pekerja bengkel sedang mengajar cara membuat roti bun.

Selepas itu, kami berjamuan dengan roti bun yang dibuat dan sup cendawan daripada pihak bengkel. Kemudian, akhirlah aktiviti kami di bengkel biskut.

Roti bun yang dihasilkan.

Jamuan selepas proses pembuatan kuih kapit dan roti bun.

Penamatan aktiviti kami di bengkel biskut.
REFLEKSI
Fatihah
Saya cuma pandai buat susun kuih kapit dalam bekas untuk dijual. Tapi ada antara kawan saya siap nak buka kedai kuih kapit lagi di Sarawak. Yang Kelantan pun sama!!!

Sylvester
Seronok sangat kami dapat membuat kuih kapit dengan tangan sendiri. Saya mendapat inspirasi daripada Puan Haziha yang ingin berkongsi kasih sayangnya menerusi kuih dan roti yang dibuatnya.

Emy 
Saya dapat belajar untuk buat kuih kapit di bengkel CT Cookies. Kami juga telah dijamu dengan sup cendawan yang sangat sedap. Saya telah makan empat cawan sup tersebut. Saya mendapati bahawa pemilik bengkel tersebut menguruskan kebersihan tempat kerja dengan teliti. Saya jamin akan kebersihan makanan di sana!

Shazelin
Saya merasa sangat teruja kerana berpeluang mempelajari cara membuat kuih kapit dan roti di Bengkel Haziha CT. Cookies. Selain itu, pengusaha Bengkel Haziha CT. Cookies sangat supporting, ceria dan pemurah orangnya.

Desmond
Saya telah belajar cara membuat kui kapit dan roti. Ramuan yang disediakan amat sempurna dan hasil kerja kami berbaloi kerana kuih kapit dan roti yang dibuat enak sekali.

Yong Xin
Saya amat teruja apabila kami diberi peluang untuk belajar resipi biskuit-biskuit dan cara pembuatannya. Tauke di situ yang peramah dan murah hati mengajar kami tidak kira balasan sangat mengakumi.

Annabel
Puan Haziha amat berbesar hati untuk menyerahkan alat masak untuk kita memasak kuih kapit dan juga pembantunya juga sangat mesra dan baik hati. Saya berasa sangat teruja kerana dapat belajar untuk membuat kuih kapit yang sedap dengan iringan pembantu Puan Haziha. Selain itu, saya juga bertuah kerana dapat menikmati roti dan sup cendawan yang sedap.

Vino
Usaha dan kegigihan adalah tangga kejayaan bagi melaksanakan sesuatu perkara.

Sabrina
Di bengkel kuih Puan Siti Hawa ini saya teruja kerana dapat belajar dan menghasilkan sendiri kuih kapit dan roti yang diadun siap oleh pemilik bengkel. Kami juga berpeluang merasa aneka jenis kuih yang dihasilkan dan dijual di bengkel ini.

Ada
Sikap Puan Hazihah yang sangat peramah membuatkan kami selesa dengan aktiviti di bengkel ini. kami dapat mencari pengalaman dalam pembuatan kuih kapit dan roti ketika aktiviti ini diadakan. Pembuatan kek kapit tidak sesukar yang kami sangka kerana prosesnya agak ringkas dan mudah jika dibuat dengan bersungguh-sungguh.

Zahirah
Saya telah mempelajari cara untuk membuat kuih kapit dan roti. Saya juga dapat merasai bagaimana penat lelah berniaga untuk menyara hidup di samping semangat untuk membahagiakan orang di sekeliling saya dengan makanan yang dihasilkan.

Adilah
Saya berasa amat seronok dan bersemangat kerana dapat mencuba sendiri membuat kuih kapit, menguli doh dan membungkus kuih-muih. Kawan-kawan juga tekun mencuba semua benda yang terdapat dalam bengkel kek tersebut.

Syafina
Antara refleksi yang kami peroleh daripada aktiviti di bengkel biskut ini ialah kami dapat menimba pengalaman dengan menyumbang tenaga kerja dalam membuat kuih kapit dan roti bun serta dapat mempelajari cara menyusun kuih kapit di dalam botol berserta pembungkusan roti bun. Selain itu, melalui aktiviti ini kami mendapat inspirasi bahawa seseorang itu boleh berjaya atas usaha dan minat sendiri walaupun tidak pernah menceburi dalam apa apa bidang yang berkaitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan