Selasa, 12 Mei 2015

EcoExplorace

TARIKH: 15 APRIL 2015, RABU
MASA: 3.00p.m. - 5.00p.m.


Kami tiba di Sekolah Kebangsaan Seri Cheding sekitar jam 3.00 petang dan memulakan tugasan kami dengan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan sepanjang aktiviti ini dan menyusun hadiah-hadiah untuk diberikan kepada para pemenang berupa hamper. Setelah itu, pengarah projek Eco-Explorace memberikan penerangan ringkas supaya tidak berlaku sebarang kesilapan sepanjang aktiviti ini berlangsung.

Kemudian kami semua berjalan-jalan sekitar di sekitar kawasan sekolah ini sementara menunggu para pelajar sampai memandang kebanyakannya perlu menghadiri sekolah agama mereka dahulu. Kami sangat gembira melihat kawasan sekolah tersebut yang walaupun tidaklah seluas mana namun mampu membawa kami ke masa lampau sewaktu di sekolah rendah dahulu. Buat seketika waktu itu, terasa rindu pula pada zaman sekolah rendah dahulu.

Suasana Sekolah Kebangsaan Seri Cheding
Aktiviti Eco-Explorace ini melibatkan lima checkpoint dan satu checkpoint penamat. Setiap checkpoint lebih menitikberatkan tentang alam sekitar memandangkan kami merupakan pelajar jurusan Sains dan Pengurusan Alam Sekitar (SPAS). Oleh itu, kami ingin menyuntik semangat cintakan alam sekitar kepada para pelajar.
Checkpoint pertama ialah eco music yang dimana para pelajar diminta untuk mengubah lirik lagu daripada lagu-lagu yang sedia ada kepada lirik berkenaan alam sekitar. Kami tidak menyangka yang para pelajar mampu memikirkan lirik lagu yang sangat menarik dan menyanyikannya dengan penuh semangat. Checkpoint kedua ialah eco quiz, checkpoint ketiga ialah ‘wordsearch’ yang kebanyakannya peserta gagal menyelesaikan permainan itu dalam masa yang ditetapkan, checkpoint keempat pula memerlukan peserta meneka haiwan yang dilakonkan oleh wakil ahli kumpulan mereka dan akhir sekali ialah permainan rungkai.

Para pelajar sedang menyelesaikan cabaran checkpoint.
Setelah semua peserta berjaya menyempurnakan misi di setiap checkpoint, mereka diminta pula untuk menjawab satu soalan akhir di checkpoint penamat berpandukan klu-klu yang diperolehi di setiap checkpoint. Akhir sekali, penyampaian hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh cikgu kokurikulum Sekolah Kebangsaan Seri Cheding, En. Kamal sambil diiringi oleh penyelaras Program Jalinan Masyarakat SPAS, Dr. Rosazlin. Sesi bergambar bersama semua para pelajar dijalankan pula sebagai kenangan yang tidak akan kami lupakan. Terima kasih kepada semua para fasilitator dan para pelajar kerana memberikan kerjasama dan komitmen yang sangat baik sepanjang aktiviti ini berlangsung.

Penamatan aktiviti EcoExplorace.

REFLEKSI
Fatihah
Budak-budak agresif! Terasa jurang generasi bila mereka ingat maksud EXPLORACE=RUNNING MAN!!!

Sylvester
Semua pelajar bersemangat sangat dan amat aktif dalam penyertaan semua aktiviti yang disediakan. Walaupun terdapat sedikit kesilapan oleh fasilitator, tetapi pengalaman ini dengan pelajar di sekolah rendah ini amatlah menyeronokkan. Gembira melihat semangat yang tinggi ada dalam pelajar-pelajar sekolah rendah ini.

Emy
Hari ni memang semua pasal budak-budak. Pelajar kat sini memang semua bijak-bijak. Mungkin kami yang underestimate kemampuan mereka sebab soalan yang disediakn tu agak senang untuk mereka. Jadi next time kena betul-betul siasat dulu tahap pemikiran dan pengetahuan kanak-kanak di zaman IT ini sebelum buat apa-apa soalan hehe. Paling memorable bagi saya ialah group G yang mengubah lirik lagu Apa Khabar kepada lirik yang berkisar tentang alam sekitar.
Shazelin
Saya merasakan sangat gembira dan teruja dengan penglibatan murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Cheeding. Semuanya aktif dan bijak.

Desmond
Saya merindu masa kecil di kampung yang saya pernah tinggal di Miri. Masa kecil tidak perlu risau tentang apa-apa perkara. Bermain sahaja. Sekarang sudah dewasa, masa sudah sampai untuk mengenang budi ibu bapa yang melahirkan saya dan memberikan kenangan tersebut kepada saya.

Yong Xin
Budak-budak di Sekolah Rendah Seri Cheeding merupakan satu golongan budak yang sangat aktif sekali. Mereka menaruhkan 100% perhatian dalam setiap “station games” yang kami ciptakan. Saya berasa letih semasa cuba mengawasi budak yang aktif ini tetapi juga berasa gembira dapat meluangkan masa dengan mereka.

Annabel
Budak-budak yang sangat aktif dan bertenaga telah mengingatkan saya tentang masa bangku sekolah.

Vino
Pengurusan masa amatlah penting dalam sesuatu kerja.

Sabrina
Saya amat teruja untuk melaksanakan aktiviti ini. Pelajar-pelajar sekolah rendah tahap 2 berumur dari 9-12 tahun ini amat mengejutkan saya dengan kemampuan daya pemikiran mereka yang tinggi. Ada antara pelajar-pelajar yang mempersoalkan mengenai tahap kesukaran permainan di setiap checkpoint yang pada mereka senang untuk dilakukan.

Ada
Aktiviti ini sebenarnya agak sukar dikendalikan kerana jumlah ahli fasilitator tidak seiring dengan jumlah para peserta. Namun, kerjasama daripada semua fasilitator dapat mengawal kekecohan aktiviti ini. Secara keseluruhannya, aktiviti ini berjalan lancar walau para fasilitator berasa agak letih mengawal jumlah peserta yang sangat ramai.

Zahirah
Saya dapat mengenali kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan Seri Cheding. Selain itu, saya dapat mengetahui cara yang lebih efektif untuk menguruskan program seperti ini pada masa yang akan datang.

Adilah
Keadaan di kantin sekolah agak riuh. Saya berasa agak seronok sepanjang ecoexplorace dijalankan.

Syafina
Kami dapat mempelajari cara mengawal situasi yang melibatkan peserta di dalam jumlah yang ramai serta melatih diri bersifat sabar dan tidak mudah putus asa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan