Selasa, 12 Mei 2015

Program Bersamamu

TARIKH: 13 APRIL 2015, ISNIN
MASA: 2.00p.m. - 4.00p.m.


Rumah kedua yang diziarahi kami.
Pada jam 2.00 petang aktiviti bersamamu telah dijalankan di kawasan perkampungan Seri Cheeding. Tujuan kami menjalankan aktiviti ini adalah untuk menyemai perasaan bertanggungjawab dan kasih sayang terhadap warga emas. Kami telah memiih 8 buah rumah warga emas yang memerlukan bantuan. Antaranya:
1.        Arwahyarhamah Puan Sarijem
2.        Puan Saminem.
3.        En.Tohar Bin Puteh.
4.        Puan Asmah .
5.        Puan Hajah Rafeah.
6.        Wak Niah
7.        Puan Muslihah
8.        Encik Haji Marzuki

Keadaan Puan Sarijem yang terlantar di atas katil
Antara aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti menemu ramah warga emas atau penjaga warga emas tersebut. Di samping itu, aktiviti bergambar bersama warga emas dan pemberian hamper kepada keluarga warga emas telah diadakan bagi mengurangkan beban mereka. Aktiviti tersebut telah mengambil masa selama 3 jam.


1.Profile
Nama:  Allahyarhamah Puan Sarijem
Umur: 94 tahun
Asal: Indonesia
Penyakit: Strok. Sakit tua
Kisah hidup: Allahyarhamah dijaga dengan penuh kasih sayang oleh anak lelaki dan menantunya. Segala kebajikan Allahyarhamah dijaga rapi oleh mereka. Allahyarhamah mempunyai ahli keluarga seramai 8 orang. Allahyarhamah tidak mampu bergerak dan berkomunikasi seperti orang biasa. Kami diceritakan oleh menantunya bahawa Allahyarhamah sudah begitu lama tidak diziarahi oleh anak-anaknya atas alasan yang tidak diketahui. Kami dikejutkan dengan berita bahawa Allahyarhamah sudah kembali ke rahmatullah pada 15 April 2015 (Rabu).

Keadaan Puan Saminem ketika dikunjungi.
2. Profile
Nama: Puan Saminem
Umur: 94 tahun
Asal: Indonesia
Penyakit: Avirosa “liver damage”
Kisah hidup: Puan Saminem atau dikenali sebagai Wak Saminem telah dijaga oleh Puan Salwa iaitu cucu perempuan. Cucu perempuan beliau yang bernama Puan Salwa telah kehilangan kedua ibubapanya. Oleh yang demikian, Puan Salwa telah mengambil alih tugas ibubapanya untuk menjaga Wak Saminem. Sebelum itu, Wak Saminem telah dijaga oleh cucu-cucu lelakinya yang berstatus bujang. Diceritakan oleh cucu beliau bahawa kaki Wak Saminem telah dipotong disebabkan penyakit yang dihidapi iaitu Avirosa. Wak Saminem

Sesi bergambar bersama Wak Tohar yang sempoi.
3. Profile
Nama: En. Tohar Bin Puteh.
Umur: 73 tahun
Asal: Indonesia
Penyakit: Parkinson’s disease.
Kisah hidup: En Tohar atau lebih mesra dikenali sebagai Wak Tohar merupakan seorang yang peramah. Wak Tohar dahulunya pernah bekerja sebagai pelombong biji timah. Beliau mempunyai 8 orang anak dan 45 orang cucu. Beliau telah mewakafkan tanah beliau untuk dijadikan Tadika yang bernama PASTI.

Sesi bergambar bersama Puan Asmah (Senyum) :)
4. Profile
Nama: Puan Asmah.
Umur: 80 tahun
Asal: Melayu Seberang.
Penyakit: Patah tulang, tidak boleh berjalan.
Kisah hidup: Puan Asmah merupakan kakak kepada Wak Tohar. Mempunyai 11 orang anak.

Sesi bergambar bersama Puan Rapeah.
5. Profile
Nama: Puan Hajah Rapeah
Umur: 84 tahun
Asal: Jawa
Penyakit: Sakit tua.
Kisah hidup: Puan Hajah Rapeah tidak mampu untuk berjalan atau berdiri terlalu lama. Beliau mempunyai 6 orang anak, 14 orang cucu dan 4 orang cicit. Suami beliau telah meninggal dunia selepas 4 bulan pulang menunaikan haji.

Sesi bergambar bersama Wak Niah (tudung ungu) senyum~~ :D
6. Profile
Nama: Wak Niah
Umur: 75 tahun
Asal: Morib (Batu laut)
Penyakit: -
Kisah hidup: Wak Niah mempunyai 7 orang anak, 29 orang cucu, 6 orang cicit. Beliau dijaga oleh anak lelakinya. Dahulunya beliau bekerja di ladang teh.

Keadaan En. Misrin.
Sesi bergambar bersama isteri En. Misrin.
7. Profile
Nama: Puan Musliha dan En. Misrin Bin Komorjo.
Umur: 72 tahun (Puan Musliha), 74 tahun (En. Misrin)
Asal: Jawa
Penyakit: Strok
Kisah hidup: Puan Musliha merupakan pengusaha kolam ikan. Beliau pernah menghidap penyakit strok, sekarang beliau sudah pulih. Suami beliau juga menhidap penyakit strok. Oleh yang demikian, suami beliau lumpuh.


Sesi bergambar bersama En. Marzuki dan isterinya (tudung hijau)
8. Profile
Nama: En. Haji Marzuki.
Umur: 75 tahun
Asal: Sepang.
Penyakit: Strok.
Kisah hidup: En. Haji Marzuki telah menghidap penyakit strok sejak 2010 lagi, beliau dikatakan tidak dapat berbicara kerana penyakit yang dihadapi. Beliau mempunyai 4 orang anak, 12 orang cucu. Dahulunya beliau merupakan pelombong bijih timah.

Program Bersamamu telah mendapat sambutan yang mengalakkan. Penduduk kampung turut sama terlibat dalam menziarahi keluarga warga emas yang terpilih ini. Kami merasakan program Bersamamu ini sangat berfaedah dijalankan dan ada di kalangan kami yang menitis air mata melihat keadaan warga emas yang uzur, ini menunjukan memberi kesedaran yang mendalam kepada kami.

Program ‘bersamamu’ ini berakhir pada jam 5 petang.. Malahan, program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar Sains dan Pengurusan Alam Sekitar dan penduduk Kampung Seri Cheeding.

REFLEKSI
Fatihah
Gembira sebab dapat cakap dengan datuk nenek semua. Sedih, bila dapat tahu, rumah pertama yang kami kunjungi, Nek Sirojo meninggal dunia pada hari terakhir kami di kampung itu.

Sylvester
Pedih hati melihat warga emas yang tua ini di Kampung Seri Cheeding, merekalah generasi yang membuka tanah di Kampung Seri Cheeding ini. Dari perspektif yang positif, orang-orang tua ini masih di bawah jagaan anak-anak mereka taat sekiranya dibandingkan dengan kes-kes penyisihan orang tua di bandar. Seronok juga mendengar cerita dan pengalaman yang lucu dan istimewa daripada warga emas di sana.

Emy
Pemberian sumbangan dan sesi beramah mesra dengan warga emas di Kg Seri Cheeding memberi impak yang sangat besar kepada saya. Saya teringat akan arwak datuk saya apabila melihat warga-warga emas tersebut. Melalui program ini, saya akan berusaha untuk melayan kedua orang tua saya dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang lagi.

Shazelin
Program Bersamamu memberi impak yang besar dalam hidup saya kerana dapat melihat keadaan warga emas yang berbeza-beza. Ianya memberi pengalaman yang sangat bermakna dan mengajar saya erti kasih sayang pada ibubapa.

Desmond
Saya berasa terharu semasa menyertai program ini kerana menyaksikan kesengsaraan hidup dan kesusahan orang lain malah mereka masih hidup tanpa kebencian dan kehilangan harapan.

Yong Xin
Program adalah antara semua yang paling menyentuh hati saya. Saya diberi peluang untuk berkenal dan bercakap dengan orang-orang tua dan keluarganya serta memahami cara kehidupan mereka. Golongan orang tua yang genap 80 umur ke atas kebanyakan telah menghilang fungsi di seluruh atau sebahagian anggota badan mereka, oleh itu penjagaan yang teliti dan menyayangi sangat diperlukan.

Annabel
Saya berasa simpati melihat keadaan warga emas yang sakit.

Vino
Sedih berjumpa dengan keluarga penduduk. Harus bersyukur dengan apa yang kita ada dan menikmati setiap saat kehidupan.

Sabrina
Sepanjang aktiviti ini dijalankan, perasaan saya bercampur – baur. Saya bangga dan terharu dengan kegigihan dan ketabahan ahli keluarga warga emas yang kami kunjungi sebanyak 8 buah rumah. Ada antara rakan – rakan saya yang menangis melihat keadaan warga emas yang terlantar sakit. Ada juga rumah yang kami kunjungi dilanda ribut sehari sebelum kami tiba di kampung ini.

Ada
Saya berasa sangat simpati terhadap beberapa golongan warga emas yang kurang bernasib baik semasa kami menjalankan aktiviti ini. Terdapat beberapa pengajaran yang saya pelajari daripada aktiviti ini seperti hormati ibu bapa kita dan sayangi mereka selagi mereka masih ada di dunia ini.

Zahirah
Saya memahami serba sedikit perasaan orang yang ditimpa musibah seperti penyakit dan kemiskinan.

Adilah
Perasaan yang lebih digambarkan sepanjang program ialah rasa sedih. Sedih melihat warga-warga emas yang kebanyakannya sudah tidak kuat dan terlantar di atas katil.

Syafina
Sifat perihatin dan penyayang dapat disemai melalui program ini serta memberi sedikit keinsafan dalam diri bahawa setiap manusia harus bersyukur atas apa yang dimiliki.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan