MASA : 8.00a.m. - 5.00p.m.
Pada 17 April
lalu, kami, pelajar-pelajar Sains dan Pengurusan Alam Sekitar (SPAS),
Universiti Malaya, menganjurkan program bersama anak yatim di Rumah Amal Anak
Yatim YPIN yang terletak di Kampung Sungai Manggis, Banting, Selangor. (Program
ini adalah merupakan program di bawah Projek Jalinan Masyarakat, Universiti
Malaya). Kami tiba di lokasi tepat jam 8 pagi. Dengan perasaan teruja, kami
langsung menemui Kak Ema, yang merupakan Pegawai Perhubungan rumah anak yatim
tersebut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai persekitaran rumah anak yatim.
Kami juga turut berkenal-kenalan dengan staf-staf rumah anak yatim tersebut.
Selepas sesi
perkenalan dengan staf-staf, kami membahagikan kumpulan iaitu kumpulan ke pasar
dan kumpulan gotong-royong. Hmmm... Kumpulan ke pasar tidaklah ramai, enam
orang sahaja termasuk dengan dua orang pemandu van. Bagi kumpulan ke pasar,
setibanya kami di Pasaraya Econsave, Banting, kami terus berpecah kepada dua
kumpulan dan mencari barang-barang basah untuk masak tengah hari itu. Senarai
barang semua dah dibahagi dalam van. Eheh. Menu masakan tengah hari itu ialah
Tom Yam, telur dadar dan kobis goreng. Banyak juga yang perlu dibeli dengan
anggaran masakan untuk 60 orang. Tidak lupa juga, buah tembikai, ais dan
kordial. Setelah buat pembayaran, kami terus bergegas ke van untuk memasukkan
semua barang. Ops. Rupa-rupanya Encik Azhar (pemandu kami) pun beli tembikai
untuk anak-anak yatim. Termasuk yang kami beli, lima biji semua sekali. Hmm...
Tak apalah, rezeki adik-adik di rumah anak yatim. Oh ya, sebelum admin lupa, untuk
kumpulan gotong-royong, mereka bertungkus-lumus membersihkan setiap sudut di
asrama, tandas dan juga bilik-bilik di rumah anak yatim tersebut. Berpeluh
sakan mereka nampaknya. Tahniah atas usaha keras kawan-kawan!!! (itu saja yang
mampu admin katakan..hihi).
Sebelum balik ke
rumah anak yatim, kami singgah sebentar di Petronas untuk mengisi minyak (sudah
semestinya) dan membeli sarapan untuk semua kawan-kawan SPAS. Baki dari duit membeli
barang-barang basah, kami dapat juga beli roti Gardenia 11 bungkus dan juga air
laici empat kotak besar. Sekembalinya kami dari pasar, kami disapa dengan
wajah-wajah keletihan kawan-kawan. Tahniah sekali lagi...hehe.. Kami mengalas
perut dahulu sebelum memulakan rewang untuk makan tengah hari. Kita barkan
kawan-kawan yang keletihan, admin dan tiga orang lagi dari kumpulan pasar
memulakan aktiviti. Kami memotong bahan-bahan terlebih dahulu. Setelah rehat
beberapa minit, semua kembali kepada agenda utama iaitu...REWANG. Banyak juga
gambar yang dirakam semasa kami bekerja.
Gambar semasa rewang.. |
Muka-muka tukang masak pada hari kejadian..^^ |
Belum pun siap
memasak, adik-adik dah balik dari sekolah. Hmm... Masak sajalah..
Menu makan tengah hari..Hmmm.. Nampak sedapkan?? |
Suasana semasa makan tengah hari.. |
Bermain bersama adik-adik..^^ |
Gambar kenangan di Rumah
Amal Anak Yatim YPIN, Kampung Sungai Manggis, Banting, Selangor.
REFLEKSI
Fatihah
Pertama kali masak tom yam dalam kawah sebegitu
besar. Lepas ni, mungkin saya akan tukar kos Katering( gurau je)!!!
Sylvester
Saya berasa amat bertuah dan berasa bahawa kami patut berterima kasih kepada semua benda yang kami ada. Walaupun hidup sebagai anak yatim, kanak-kanak di rumah anak yatim tersebut amat aktif dan senyuman mereka iklhas dan menyentuh hati saya. Saya amat menghargai pengalaman saya di rumah anak yatim itu.
Emy
Saya dan tiga lagi kawan ke Econsave untuk membeli bahan-bahan untuk masakan tengah hari kami bersama adik-adik di sana. Kali pertama saya membeli barang dapur seperti sayur tanpa ibu. Selalunya saya memang tak dapat bezakan jenis-jenis sayur tetapi kali ini saya berjaya membeli sayur yang betul kecuali satu part yang kami terlupa untuk beli serai. Saya juga telah menggoreng telur dadar yang edible. Alhamdulillah~
Shazelin
Saya merasakan sangat bersemangat dan gembira kerana dapat berjumpa dengan adik-adik di Rumah Anak Yatim Sg. Manggis. Saya telah mendapat pengalaman dan memori yang baru di rumah anak yatim tersebut.
Desmond
Saya berasa kesian kepada kanak-kanak di rumah anak yatim kerana tidak mempunyai kesayangan ibu bapa sejak kecil. Masa depan mereka juga susah kerana segalanya tanggungan sendiri dan tidak boleh bergantung kepada perlindungan rumah anak yatim.
Yong Xin
Selepas mengharungi satu hari dengan budak yatim di sini, saya berasa setiap budak di ini sangat berbakat dan aktif walaupun situasi keluarga mereka yang sulit. Mereka berhak untuk dapat kehidupan dan pelunag yang sama serata seperti setiap budak di negara ini. Terdapat satu barang yang sangat sangat diperlukan oleh mereka ialah perhatian. Oleh itu, sesiapa yang pikul tanggungjawab untuk menjaga mereka hendaklah mempunyai kefahaman sebegitu.
Annabel
Saya berasa sakit hati tentang keadaan dalam rumah anak yatim kerana keadaan rumah anak yatim yang uzur dan mempunyai tahap kebersihan yang rendah. Saya berharap budak-budak dapat mempunyai tempat yang bersih dan selesa supaya dapat focus dalam pembelajaran mereka.
Vino
Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.
Sabrina
Pengalaman baru juga tercipta disini kerana kami beramai-ramai rewang untuk menyediakan bahan bagi memasak makanan tengah hari untuk menjamu anak-anak yatim serta pihak pengurusan tempat anak-anak yatim ini. Ada diantara kami yang ditugaskan untuk bergotong-royong mengemas bilik lelaki dan perempuan di rumah anak yatim ini sementara yang lain keluar untuk membeli barang basah. Saya berasa amat puas hati dan gembira kerana dapat menggembirakan anak-anak yatim dengan kehadiran kami, permainan yang menarik dan sedikit cenderamata.
Ada
Perasaan simpati menyelubungi diri saya setelah melihat keadaan anak-anak yatim. Walaupun mereka tidak mempunyai ibu atau bapa atauu keduanya, mereka sentiasa berkeyakinan tinggi dan sentiasan bersemangat. Banyak perkata yang saya pelajari daripada pengalaman di rumah anak- anak yatim ini. Saya juga berasa besyukur dengan kehidupan saya setelah melihat keadaan anak-anak yatim yang kurang bernasib baik itu.
Zahirah
Rumah Anak Yatim YPIM : dapat mengenali kanak-kanak di rumah anak yatim tersebut dan bergotong-royong untuk mengemas bilik-bilik mereka serta memasak bersama-sama mereka.
Adilah
Seharian di rumah nak yatim sangat memuaskan. Penat lelah kami terbayar apabila bermain dengan adik-adik rumah anak yatim yang ‘sporting’ belaka.
Syafina
Hubungan yang erat dapat dijalinkan bersama anak-anak yatim ini dan kami dapat memupuk sifat rendah diri, penyayang dan prihatin dalam diri setelah program tamat serta memberi sedikit keinsafan dalam diri bahawa kita harus bersyukur dengan apa yang dimiliki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan