TARIKH: 13 APRIL 2015, ISNIN
MASA: 9.30a.m. - 11.30p.m.
Pada 13 April 2015, tepat jam 9.30 pagi, kami pelajar- pelajar program Sains dan Pengurusan Alam Sekitar, Universiti Malaya telah selamat sampai di Dewan Dato’ Hormat, Kg. Seri Cheeding, Banting untuk majlis perasmian Program Jalinan Masyarakat.
MASA: 9.30a.m. - 11.30p.m.
Tujuan kami hadir ke Kg. Seri Cheeding adalah untuk
mengadakan program Jalinan Masyarakat di kampung bersama penduduk-penduduk
kampung itu selama 4 hari 4 malam.
Perjalanan kami dari Universiti Malaya mengambil masa agak pendek kira-kira 1 jam atas faktor pemandu van kami, Encik Azrin yang cekap memandu dengan had laju yang agak memuaskan. Pada mulanya kami berasa sangat gemenntar kerana beliau memandu dengan laju namun masi mengikut had laju yang ditetapkan. Setelah hampir 20 minit kami dipandu oleh Encik Azrin, perasaan takut dan gementar telah hilang sedikit demi sedikit.
Setibanya kami disana, kami disambut dengan meriah oleh JKKK Kg. Seri Cheeding dan beberapa penduduk kampung yang sangat manis senyumannya. Sambutan pada majlis perasmian itu agak memuaskan kerana ini merupakan kali pertama Kg. Seri Cheeding menerima kedatangan para pelajar dari Universiti Malaya yang ingin mengadakan program Jalinan Masyarakat di kampung itu.
Majlis pada pagi itu dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azhar . Ustaz Azhar merupakan suami kepada JKKK Kg. Seri Cheeding yang banyak membantu kami dalam membuat persiapan program iaitu Puan Junaidah atau lebih mesra dipanggil Acik Jun. Selain mempunyai wajah yang manis, Ustaz Azhar juga merupakan seorang yang versatail kerana pada majlis itu, beliau telah ditugaskan sebagai pengacara majlis oleh pihak JKKK Kg. Seri Cheeding kerana mempunyai bakat semulajadi dalam mengacara sesebuah majlis.
Majlis telah diteruskan dengan ucapan pengarah program
Jalinan Masyarakat, Nur Fatihah binti Makroof. Beliau telah menceritakan serba
sedikit tentang persiapan kami sepanjang merangka program ini. Banyak cabaran
dan dugaan yang kami tempuh dalam usaha untuk menjayakan program Jalinan
Masyarakat ini. Pelbagai konflik telah timbul atas faktor salah faham antara
ahli- ahli biro. Namun, apabila dilihat kembali, konflik-konflik dan masalah
yang timbul sepanjang persiapan program ini banyak mendewasakan kami serta
mengajar kami agar lebih berdikari.
Seterusnya, ucapan penyelaras program, Dr. Rosazlin binti Abdullah telah melengkapkan lagi majlis pada pagi itu. Dalam ucapannya, beliau telah menerangkan secara ringkas tentang program Jalinan Masyarakat ini yang akan diadakan di Kg. Seri Cheeding selama 4 hari 4 malam. Pelbagai aktiviti yang berkonsepkan kemasyarakatan yang akan diakan sepanjang program berlangsung.Tujuaan program ini adalah untuk mengasah kemahiran berkomunikasi dan bekerjasama para pelajar Universiti Malaya dengan masyarakat sekeliling selain bertujuaan untuk memenuhi syarat lulus kursus universiti. Hal ini disebabkan kebanyakan pelajar universiti pada masa ini kurang mempunyai kemahiran sosial dalam masyarakat kerana mereka hanya mementingkan pendidikan semata-mata.
Kami juga tidak terlepas dari masalah ini kerana pada mulanya kami memikirkan bahawa kecemerlangan dalam bidang akademik sudah cukup untuk mencapai kejayaan . Namun setelah menyertai program ini, kami sedar bahawa kemahiran sosial dalam masyarakat amat penting kerana kita tidak dapat lari dari masyarakat terutamanya dalam bidang kerjaya nanti.
Ucapan yang terakhir dalam majlis pada pagi itu
disampaikan oleh Ketua Kampung Seri Cheeding, Tn. Hassan bin Musman. Tn. Hassan
telah berucap pendek mengenai sejarah dan keistimewaan Kg. Seri Cheeding. Hal
ini dapat membantu kami untuk lebih mengenali kampung ini agar mudah untuk kami
menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang sepanjang program Jalinan
Mayarakat.
Pada mulanya ketika kami mula-mula menziarahi kampung
ini, kami berasa agak takut kerana jika dilihat sekali pandang Tn. Hassan
kelihatan seperti seorang yang garang dan tegas. Namun, setelah mengenali
beliau, ternyata beliau seorang yang baik hati dan mesra. Beliau banyak memberi
sokongan dan cadangan yang bernas kepada kami dalam merangka persiapan program
ini.
Majlis telah berakhir pada jam 11.00 pagi. Kami telah dihidangkan dengan menu Mi Jawa dan Air Cincau sebagai santapan selepas majlis. Ini merupakan kali pertama kami merasa keenakan Mi Jawa yang asli dibuat oleh oleh penduduk Kg. Seri Cheeding yang berketurunan Jawa. Mi Jawa ini kelihatan seperti Mi Bandung Muar, namun mempunyai rasa yang agak berbeza.Anak dara yang rajin sediakan makanan. |
Semasa menjamu selera, kami telah mengambil peluang untuk beramah mesra dan mengenali para penduduk kampung yang hadir pada majlis itu agar dapat membentuk ikatan silaturrahim sepanjang 4 hari 4 malam keberadan kami di kampung itu. Kira- kira pada jam 12.00 tengahari, kami pon pulang ke rumah sewa dan bersiap-siap untuk aktiviti yang seterusnya.
Adilah berbual bersama dengan Cik Awok. |
REFLEKSI
Fatihah
Walaupun tak ramai yang hadir kerana factor bekerja, tapi majlis tetap berjalan lancar. Oh ya, pertama kali saya makan Mi Jawa.
Sylvester
Saya berasa gementar untuk memulakan projek jalinan masyarakat di Kampung Seri Cheeding, Banting Selangor. Semoga projek Jalinan Masyarakat kami di Kampung Seri Cheeding dapat dijayakan.
Emy
Saya rasa agak terharu kerana penduduk kampung memberikan sambutan terhadap kedatangan kami dengan begitu baik sekali.
Shazelin
Saya merasakan sangat teruja kerana kami dijemput oleh ramai penduduk kampung yang peramah orangnya. Majlis pembukaan sangat menggalakkan sambutannya.
Desmond
Saya berasa gementar kerana berdepan dengan persekitaran baharu dan tidak pandai bersosial dengan orang lain. Oleh itu, saya asyik berasa malu dan kurang berinteraksi dengan orang ramai. Walaupn begitu, orang kampung yang mesra dan baik hati telah membantu saya menyeberangi rintangan tersebut. Saya boleh berbual-bual dengan orang kampung secara biasa.
Yong Xin
Ini merupakan pertama kali saya jumpa dengan penduduk kampung. Kesambuatan mereka yang mesra sekali tidak diduga oleh saya tapi memang sangat gembira.
Annabel
Apabila saya berjumpa dengan orang kampung buat pertama kali, sya berasa mereka amat mesra dan baik hati kerana mereka selalu senyum dengan kita dan berbual-bual dengan kita.
Vino
Gembira kerana majlis perasmian mendapat sambutan yang memuaskan daripada penduduk kampung seri cheeding.
Sabrina
Saya berasa teruja dapat menjejakkan kaki ke Kampung Seri Cheeeding dan tidak sabar untuk menjalankan segala aktiviti yang telah diatur sepanjang berada di kampung tersebut untuk Program Jalinan Masyarakat SPAS 2015.
Ada
Kami berasa gementar kerana buat kali pertama bertemu dengan penduduk Kg. Seri Cheeding. Namun, kami dapat menyesuaikan diri kerana layanan yang baik dari penduduk kampung dan para JKKK . Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
Zahirah
Pertama kali berjumpa dengan penduduk kampong membuatkan saya berasa sedikit gementar dan pada waktu yang sama gembira.
Adilah
Saya berasa amat teruja untuk memulakan projek jalinan masyarakat di Kampung Seri Cheeding, Banting Selangor. Saya juga meletakkan harapan yang tinggi agar projek kami Berjaya.
Syafina
Pelajar SPAS dapat belajar cara menguruskan program formal yang melibatkan protokol dan etika majlis dapat dipelajari melalui program ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan