MASA: 8.30a.m. - 12.30p.m.
Penubuhan Akuku Food Industry (M) Sdn. Bhd. bermula tahun 2005. Syarikat ini diasaskan oleh Encik Mat Zen bin Masum dan Puan Khatijah bt Ahmad. Nama syarikat Akuku didirikan daripada gabungan nama Perniagaanku dan Keluargaku. Perniagaannya bermula sejak tahun 1997 di rumahnya, Bukit Kapar. Kilang Akuku Fodod Industry dibina mengguunakan tanah keluarga dengan modal RM6700 disertakan dengan bantuan pihak MARA.
Jumlah pekerja dalam kilang tidak melebihi 40 orang dan kadang kala mengambil pekerja sambilan. Pihak kilang memiliki 6 buah lori. Terdapat 21 jenis produk yang dihasilkan daripada kilang tersebut yang dihantar ke kedai-kedai stesen minyak termasuk Petronas, Caltex, Shell, BHPetrol dan Petron. Lokasi stesen minyak meliputi seluruh Malaysia kecuali Langkawi, Sarawak dan Sabah.
Jangka hayat bagi produk-produk adalah 6 bulan. Pemprosesan kerepek banyak melibatkan usaha jentera berbanding dengan tenaga kerja manusia.
Waktu pagi masa aktiviti disanjung dengan mesra sekali oleh Cik Adibah. Dia merupakan petugas dalam mengajar kami menjalankan aktiviti dalam kilang. Cik Adibah memberikan penerangan dan perkenalan tentang portfolio syarikat serta mengadakan sesi soal jawab.
Sesi Q & A dengan Kak Adibah di bilik pameran produk |
Selepas itu, kami bertolak ke sektor kilang yang menjalankan penambahan perasa. Kerepek akan dimasukkan ke dalam bekas dan dipanaskan. Mesin berputar secara berterusan dan perasa akan ditambahkan mengikut piawaian yang ditetapkan. Kerepek dalam mesin dikeluarkan selepas digaul dengan sama rata. Kerepek tertentu sahaja akan dipindahkan ke sini kerana kerepek-kerepek seperti kerepek pisang tidak memerlukan penambah rasa.
Proses penambahan perisa ayam pada kerepek segera. (Permulaan proses)
|
Proses penambahan perisa ayam pada kerepek segera. (Penamatan proses) |
Tempat pekerja mengupas pisang |
Pengarah projek jalinan masyarakat sedang mengupas pisang. |
Mesin goreng kerepek segera. |
Tempat goreng pisang, mesin pemotong pisang di sebelah kanan. |
Mesin pembungkus automatik yang dilengkapi timbang elektronik. |
Mesin Pembungkus automatik tanpa timbang elektronik. |
Kerepek ditimbang mengikut piawaian yang ditetapkan. |
Pemberian sijil pengahargaan kepada pihak kilang Akuku Food Industry (M) Sdn. Bhd.. |
Meneruskan perjalanan kami... |
REFLEKSI
Fatihah
Hari di mana saya makan kerepek melebihi hari-hari yang lain. Memang sedap dapat makan kerepek pisang yang panas-panas, baru diangkat dari kuali. Sedap!!!
Sylvester
Seronok dan teruja untuk belajar cara membuat kerepek di kilang kerepek ini, tambahan pula kami dapat merasai semua jenis kerepek yang ada. AKhirnya dapat merasai kepenatan pekerja kilang penghasilan kerepek ini, penat juga melihat mereka membakar dan mengoreng semua kerepek itu.
Emy
Saya belajar kaedah-kaedah dalam pemprosesan kerepek. Kini sudah saya ketahui bagaimana kerepek yang saya makan selama ini diproses di kilang oleh pekerja-pekerja yang mahir. Saya belajar bahawa pekerjaan di kilang bukannya mudah malah memerlukan kesabaran yang tinggi. Tetapi apa yang saya kurang puas hati adalah kenapa ada minyak di lantai? Habis kotor stokin!
Shazelin
Saya merasa teruja yang amat kerana dapat melihat sendiri proses pembuatan kerepek-kerepek. Ia meberikan pegalaman yang sangat bermakna buat saya.
Desmond
Saya telah belajar tentang jentera-jentera yng digunakan dalam kilang kerepek. Saya amat kagum kerana kilang tersebut mampu menghantar ke merata-rata stesen minyak dengan kilang yang beroperasi 40 orang pekerja sahaja.
Yong Xin
Saya amat menghargai peluang untuk memahami cara operasi sebuat kilang tempatan yang menghasil produk yang dijual di seluruh Semenanjung Malaysia, terutamanya dengan hanya 40 kakitangan. Saya juga berpeluang menyaksi setiap proses pembuatan snek-snek yang berlainan jenis. Pekerja yang bertungkus lumus bekerja dalam keadaan yang tidak menyenangkan amat dikagumi.
Annabel
Saya rasa bersyukur kerana berpeluang untuk mempelajari cara membuat kerepek dan
Keropok di samping itu, baru saya sedar bukannya mudah untuk membuat kerepek
kerana pekerja perlu bekerja dalam keadaan yang sangat panas untuk memasak kerepek.
Keropok di samping itu, baru saya sedar bukannya mudah untuk membuat kerepek
kerana pekerja perlu bekerja dalam keadaan yang sangat panas untuk memasak kerepek.
Vino
Sistem kerja yang sistematik amatlah penting bagi menjayakansebarang kerja.
Sabrina
Sepanjang berada di kilang ini, saya dapat mempelajari cara pemprosesan, pembungkusan dan penghasilan pelbagai jenis kerepek. Kami juga berpeluang merasai sendiri tugas pekerja-pekerja di kilang ini. Kami juga berpeluang merasa kerepek yang dihasilkan.
Sepanjang berada di kilang ini, saya dapat mempelajari cara pemprosesan, pembungkusan dan penghasilan pelbagai jenis kerepek. Kami juga berpeluang merasai sendiri tugas pekerja-pekerja di kilang ini. Kami juga berpeluang merasa kerepek yang dihasilkan.
Ada
Aktiviti di kilang ini agak menarik kerana saya dapat melihat proses penyediaan pelbagai jenis kerepek yang enak-enak. Kami juga berasa teruja kerana dapat melibatkan diri dalam aktiviti pemprosesan produk-produk yang berasaskan kerepek terutamanya walaupun seketika. Pada pendapat kami, proses yang paling sukar adalah ketika proses penggorengan kerepek kerana jumlah berat yang tinggi dan keadaan minyak yang panas sangat membahayakan para pekerja yang kurang berhati-hati.
Zahirah
Saya mendapat sedikit pengalaman dalam pembuatan keropok roda dan sentiasa peka sepanjang menjalankan tugas supaya tidak berlaku kemalangan dan hasil yang terbaik dapat diberikan.
Adilah
Berasa agak teruja kerana dapat mempelajari proses-proses penghasilan keropok dan kerepek. Kami juga berpeluang merasa setiap keropok dan kerepek di kilang tersebut.
Syafina
Pelbagai pengalaman yang telah kami perolehi daripada program ini di mana kami didedahkan dengan cara pembuatan kerepek oleh para pekerja dan diberi peluang untuk mencuba sesuatu yang baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan