MASA: 8.00p.m. - 10.00p.m.
Pada 15 April 2015 yang lalu, kami pelajar Sains dan Pengurusan Alam Sekitar telah menganjurkan suatu sesi motivasi bersama pelajar di Kampung Seri Cheeding. Sesi motivasi ini diadakan di dewan raya Kampung Seri Cheeding dan berfokus untuk menarik penyertaan pelajar-peajar sekolah rendah di Kampung Seri Cheeding terutamanya pelajar darjah 4 sampai darjah 6. Program ini telah diadakan pada pukul 8.00 malam dan dijalankan serentak dengan Pertandingan Mewarna. Program ini diwujudkan agar kami dapat menjalin hubungan yang lebih rapat dengan golongan kanak-kanak di kampung ini dan pada masa yang sama menggalakkan para peserta untuk berusaha dalam mengejar impian mereka.
Pada pukul 8.00malam, kami baru bertolak dari balai raya untuk pergi ke Dewan Raya Kampung Seri Cheeding. Kami sepatutnya bertolak lebih awal lagi untuk membuat kerja-kerja persiapan agar program ini dapat dijalankan dengan selancarnya. Semasa kami tiba di dewan raya tersebut, kami terkejut apabila ternampak ramai ibu bapa dan kanak-kanak yang telah sampai di sana sebelum kami lagi. Kami berasa amat bersalah dan gelisah kerana tidak belum lagi bersiap sedia untuk memulakan sesi motivasi ini. Tanpa melengahkan masa lagi, kami membuka sebuah kaunter pendaftaran dan bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya. Sebenarnya, kami tidak menjangka sambutan untuk program ini akan sehangat ini, seramai 70 lebih orang telah mendaftar untuk sesi motivasi kami ini! cenderamata yang disediakan pun tidak mencukupi. Nasib baik, Encik Zahir dan ahli JKKK yang lain sudi menolong kami dan pergi membeli bahan-bahan yang kurang untuk kami pada masa itu. Kami amat berterima kasih atas ada pertolongan daripada mereka ini.
Aktiviti keempat ialah My ability. Aktiviti ini semua peserta akan mempunyai kemahiran sendiri dan juga kelemahnya, contohnya kecacatan anggota badan dan tidak boleh menggunakan anggota badan yang cacat ini sepanjang aktiviti ini dijalankan. Para peserta dikehendaki untuk meniup sekeping kertas berbentuk ikan dari garis permulaan sampai penamatnya dengan syarat-syarat di atas. Seronok juga kami melihat para peserta seronok bermain dan mencuba permainan ini yang amat baru kepada mereka ini. Aktiviti terakhir ialah permainan beruang, ikan dan nyamuk, tetapi disebabkan kesulitan masa, aktiviti ini tidak sempat dijalankan.
Kanak-kanak sedang berdaftar untuk pertandingan mewarna dan sesi motivasi.
|
Selepas itu, kami pun memulakan
aktiviti-aktiviti kami untuk sesi motivasi ini. Para peserta telah dibahagikan
kepada beberapa kumpulan kecil yang akan diketuai oleh fasilitator
masing-masing. Kami memulakan sesi motivasi kami dengan sesi suai kenal (Ice
Breaking Session) dulu. Aktiviti ini telah dijalankan dalam bentuk permainan
dan seronok juga tengok para peserta bersemangat menyiapkan tugasan mereka yang
diberikan. Senyuman para peserta telah mendorong kami untuk terus berusaha
untuk membuat yang terbaik untuk menghiburkan dan mengalakkan para peserta
dalam sesi motivasi ini.
Para peserta amat berusaha untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Seronok juga tengok mereka bersemangat ini. |
Aktiviti kedua adalah Silent Debate.
Para peserta dikehendaki untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan diri dan
belajar untuk menerima komen daripada orang lain biar positif ataupun yang
negatif. Menerusi aktiviti ini dapat dilihat perwatakan para peserta
masing-masing yang berlainan, ada yang ekstrovert, ada pula yang pemalu dan
pendiam, tetapi masing-masing mempunyai pemikiran sendiri walaupun umur masih
muda di lingkungan 10 hingga 13 tahun sahaja. Kami sebagai kakak dan abang para
peserta ini pun dapat belajar benda-benda yang baru dari semua peserta ini.
Seronoknya semua peserta ini. =D |
Aktiviti seterusnya ialah Nota kepada Diri Saya. Aktiviti ini, para peserta
diminta untuk menulis sebuah nota kepada diri sendiri dan nota ini adalah untuk
mencatat semua harapan dan cita-cita diri peserta. Nota ini diharapkan dapat
mengekalkan kesucian dan keikhlasan para peserta yang masih muda ini dalam
mengejar impian mereka dan mengalakkan peserta-peserta untuk terus berusaha
sampai berjaya pada masa depan. Kebiasaannya, kebanyakkan orang akan mula
hilang hala tuju dalam kehidupan apabila usia meningkat dan secara tidak
langsung lupa tentang impian mereka. Oleh itu, kami amat berhasrat menerusi
aktiviti ini, para peserta yang muda ini dapat menulis sebuah nota sekarang
untuk diri mereka pada masa depan sebagai peringatan agar jangan menyerah kalah
kepada kesulitan hidup dan berusaha untuk mencapai impian mereka yang ada sejak
muda lagi.
Para peserta serius dalam memikirkan apakah impian dan cita-cita mereka. |
Arahan permainan sedang diberikan oleh Kak Teha. =) |
Cubaan Pertama, ON YOUR MARK! |
Cubaan Kedua |
Selepas itu, sesi motivasi ini tamat
kira-kira pada pukul 10.30malam. Sebelum balik, kami mengambil gambar dengan
para peserta dan mengemaskan dewan tersebut. Kami berasa amat seronok sepanjang
perjalanaan aktiviti ini walaupun terdapat banyak juga kesilapan kami dalam
menjalankan seluruh sesi motivasi ini. Kami berasa amat terharu melihat
sambutan hangat dapat diterima untuk sesi motivasi ini dan pengalaman ini amat
berharga untuk kami semua. Kami percaya bahawa pengalaman pertama ini pastilah
dapat mendorong kami untuk mengadakan program yang lebih berpotensi dan baik
lagi pada masa depan. Semoga kami dapat berjumpa dengan para peserta yang comel
dan pintar ini pada masa depan.
Sylvester bergambar dengan peserta program. |
Kanak-kanak bergambar dengan fasilitator sesi motivasi. |
Penamatan program sesi motivasi bersama pelajar. |
REFLEKSI
Fatihah
Tak sangka ramai yang datang walaupun malam.
Publisiti dengan cara keliling kampung menaiki van memang menjadi!!!
Sylvester
Program motivasi
juga mendapat sambutan yang sangat baik dan lebih daripada jangkaan saya.
Walaupun pelaksaan aktiviti ini tidak selancar yang dijangkakan tetapi seronok
juga dapat berinteraksi dengan budak-budak kecil yang comel ini dan bersemangat
tinggi.
Emy
Kebanyakan yang join sesi motivasi adalah pelajar sama ynag menyertai explorace petang tadi. Jadi ada yang saya sudah kenal. Sempat jugalah saya untuk promote page FB kepada mereka sebelum sesi motivasi bermula. Saya rasa muda semula ketika bersama-sama mereka dala sesi ini.
Shazelin
Saya merasakan aktiviti mewarna merupakan aktivti yang terbagus dilakukan untuk budak-budak di kampung Seri Cheeding.
Desmond
Program ini meriah sekali. Terdapat ramai peserta yang menyertai sesi motivasi. Walaupun bilangan peserta terlalu ramai, para fasilitator dapat menanganinya dengan baik dan efektif.
Yong Xin
Dalam aktiviti yang menggabungkan dua sesi
ini, kami hendak menguruskan dua kumpulan budak yang berlainan umur iaitu
darjah bawah dan darjah atas. Kami tidak pernah menjangka sambuatan yang begitu
kuat daripada penduduk kampung. Walaupun proses itu tidak sebegitu lancar
tetapi saya berasa sangat puas hati dengan keputusan yang kami capai.
Annabel
Saya berasa teruja kerana budak-budak sangat
bijak dan aktif.
Vino
Melakukan persediaan awal sebelum sesuatu program bermula.
Sabrina
Walaupun
bilangan kanak-kanak ramai, saya berasa amat terharu dengan kerjasama yang
pihak kami terima daripada kanak-kanak dan juga pihak JKK kampung yang amat
membantu kerana kami kekurangan tenaga kerja.
Ada
Program motivasi berjalan dengan agak lancar atas
kerjsama para fasilitator walau jumlah peserta agak ramai. Saya berasa sangat
teruja kerana para peserta kelihatan sangat bersemangat dan sangat terhibur
dengan program ini. Mereka telah memberikan kerjasama yang baik semasa kami
mengendalikan program ini.
Zahirah
Saya dapat merasai semangat
untuk menang dikalangan kanak-kanak yang menyertai program ini. Selain itu,
program ini mengajar saya untuk menjadi lebih sabar dalam melayan karenah orang
di sekeliling.
Adilah
Program motivasi
juga mendapat sambutan yang sangat memberansangkan dengan penyertaan melebihi
seratus orang. Walaupun agak memenatkan, saya berasa seronok melayan kerenah
kanak-kanak.
Syafina
Kami dapat menjalin hubungan dengan kanak-kanak
dan sifat ambil berat dan penyayang terhadap kanak kanak ini dapat disemai
dalam diri kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan