MASA: 9.00p.m. - 10.30p.m.
Walaupun Kampung Seri Cheeding kelihatan sunyi senyap pada waktu malam, tetapi suasana di dalam Dewan Besar hangat sekali pada malam ini. Ini adalah disebabkan oleh sekumpulan wanita tempatan yang bersemangat tinggi sedang menjalankan aktiviti senamrobik di dalam Dewan Besar. Senamrobik malam ni bertema warna ungu. Kami juga dijemput ke aktiviti ini.
Senamrobik sedang dijalankan. |
Kak Nor mengetuai sesi senamrobik. |
Salah satu peserta, Cik Farah menceritakan pengalaman
dia menyertai aktiviti ini. “Ini kali kedua saya menyertai aktiviti yang
seronok ini, saya sangat suka cara bersukan ini kerana berpeluh banyak setiap
kali. Aktiviti macam ini sangat menyihatkan badan dan minda.” Cik Nor,
instruktor senamrobik yang sangat bersemangat tinggi manakala menceritakan
bahawa menari ialah hobi dia, dia juga sangat nikmati meluangkan masa dengan
kawan-kawan di kampung ini.
Sesi senamrobik bersurai pada 10.30 malam. Sebelum meninggalkan dewan, semua peserta mengambil gambar kumpulan dengan teruja.

Sesi bergambar dengan peserta senamrobik. |
Sebagai peserta, kami juga sangat menikmati aktiviti
ini sepanjang masa ini. Bukan sahaja kami dapat mengeratkan hubungan dengan
penduduk kampung menerusi aktiviti semacam ini, kami juga mendapat sekilas
hidupan seharian tempatan kampung ini.
REFLEKSI
Fatihah
Saya tak suka bersenam. Tapi masa senamrobik ni, saya rasa macam dalam kelas tarian Linda Jasmine. 5,6,7,8!!!

Emy
Memang seronoklah aktiviti ini. Saya boleh melepaskan segalanya ketika menari walaupun tariannya agak ekstrem bagi beginner seperti saya. Semua akak-akak dan aunties di sini sangat sporting. Kalau boleh, nak suruh ibu saya join senamrobik ni jugak. Mesti dia suka haha.

Shazelin
Saya merasakan senamrobik yang diadakan di Kampung Seri Cheeding sangat bagus untuk dipraktikkan kerana ianya dapat menstabilkan berat badan dan saya sangat gembira mengikut setiap langkah-langkah yang diajar oleh konduktur.

Annabel
Pengalaman yang seronok, kerana dapat bersenam dengan orang ramai.

Vino
Dapat merehatkan minda dan mencergaskan badan.

Sabrina
Untuk aktiviti ini hanya pelajar perempuan sahaja yang terlibat dengan aktiviti ini kerana senamrobik yang dianjurkan oleh penduduk kampung ini hanyalah untuk kaum wanita sahaja. Ada beberapa pergerakan senamrobik yang diajar sukar untuk diikuti dan segan untuk saya dan beberapa rakan untuk lakukan.

Ada
Pada mulanya saya sangat malu denga gerakan-gerakan dalam senamrobik ini kerana agak seksi. Namun saya dapat mengatasinya apabila melihat rakan-rakan saya yang lain amat bersemangat kertika bersenamronik. Aktiviti ini juga selamat diadakan kerana aktiviti ini hanya disertai oleh kaum hawa sahaja.

Zahirah
Bersenam bersama penduduk kampung dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara kami disamping mengenali mereka dengan lebih dekat.

Adilah
Disebabkan lelaki tidak dibenarkan masuk semasa senamrobik sedang berlangsung, saya merasa sedikit bebas dan bersemangat untuk mengikut gerakan senamrobik.

Syafina
Pelajar SPAS dapat melibatkan aktiviti yang dapat menyihatkan tubuh badan disamping dapat menjalin hubungan dengan penduduk kampung dengan turut serta dengan aktiviti senamrobik ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan